PETUA CEPAT MERAWAT ANAL FISSURE TANPA PEMBEDAHAN DAN SUNTIKAN BOTOX

Selepas di diagnosis di jangkiti 'viral fever' pada Januari 2017 yang lalu nanah sudah merebak ke bahagian 'open space' (bahagian pankreas & perut), maka doktor telah mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan 'laparotomy' ke atas perut kakti untuk membuang nanah . Waktu itu dah tak fikir apa dah, fikir nak sihat dan doa semoga pembedahan berjaya dan selamat sahaja.

Selepas menjalani pembedahan yang memakan masa hampir 5 jam, kakti di tempatkan di Unit Rawatan Rapi selama 4 hari untuk menjalani fisioterapi dan pelbagai rawatan lagi. Kemudian kakti di tempatkan di wad selama 2 hari selepas semua sistem anggota badan dan pernafasan kakti pulih sebelum dibenarkan pulang.

Maka bermulalah kehidupan  kakti dengan perut yang masih berjahit dengan 'Dressing' yang perlu dilakukan sendiri di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa 'down'nya kakti masa tu. Nasib baik suami ada disisi dan sentiasa beri semangat dan memujuk kakti agar bersabar dengan ujian-ujian tersebut.

Walaupun doktor tidak melarang untuk mengambil apa sahaja jenis makanan, namun kakti tetap hadkan pengambilan makanan (ala orang berpantang). Kakti pastikan makanan yang diambil mengandungi protein & serat yang tinggi untuk memastikan luka jahitan cepat sembuh. Namun, Allah menguji kakti dengan ujian lain pula. Walaupun kakti dah jaga makan, kakti mengalami kesakitan sewaktu ingin membuang air besar hingga berdarah. Kadang kala hampir sejam berada di dalam tandas, rasa nak membuang ada tapi terasa sangat sakit untuk keluarkan najis. Ada satu hari tu kakti sampai mengigil dan  menjerit dek kerana tak sanggup menahan sakit.

Setelah rujuk pada doktor, doktor sahkan kakti mengalami "anal fissure" (luka di tempat keluar najis) dan jika berlarutan , doktor nasihat untuk jalani pembedahan suntikan botox (antara cara pantas untuk merawat anal fissure dan hanya 50% yang berjaya pulih). Disebabkan terlalu takut untuk menjalani pembedahan kali kedua, kakti Google cara rawatan alami tanpa pembedahan. Ramai yang nasihat supaya gunakan minyak kelapa dara (virgin coconut oil - VCO). Dengan pantas kakti dapatkan VCO di farmasi berdekatan (boleh juga didapati di kedai jamu).

ANAL FISSURE

Selepas berjaya dapatkan VCO, kakti sapu di permukaan luar tempat keluar najis (sebelum & selepas membuang). Kakti pastikan minum air masak 2L sehari dan makan buah orange (vit C - bagus untuk pembentukan tisu). Namun selepas hampir 3 hari mengamalkannya luka masih tak sembuh. Masa tu dah betul-betul putus asa. Dengan luka pembedahan di perut yang perlu dijaga, tambah pula dengan kesakitan yang kakti hadapi. Kakti mengadu dengan mama sambil menangis. Mama suruh kakti balik kampung. Mama nak tolong kakti. Kakti pun turutkan.

Keesokannya, sampai sahaja di kampung (rumah mama) , kakti ceritakan semuanya. Mama sarankan kakti ambil supplement Nutrilite dari Amway kerana mama pernah mengalami masalah yang sama dan supplement Nutrilite sangat membantu mama untuk pulih. Tanpa banyak tanya dan ragu-ragu (sebab terlalu nak pulih dan sihat) kakti ambil semuanya setiap kali selepas sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Alhamdulillah, berkat ikhtiar mama nak tengok anak perempuannya ini kembali sihat, maka kakti pulih sepenuhnya selepas hari ketiga pengambilan supplement . Syukur sangat sebab Allah berikan kesihatan kepada kakti tanpa perlu menjalani pembedahan lagi. Selepas pulih dari anal fissure, kakti ke hospital untuk follow up luka jahitan pembedahan dan cerita pengalaman dengan doktor. Doktor yang merawat kakti turut terkejut kerana kakti dapat pulih dari anal fissure tanpa pembedahan yang hampir menelan belanja sebanyak RM 5000. JIMAT WEH!! Hehe

Kakti sarankan kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama supaya amalkan pengambilan supplement. Tak kisahlah dari jenama apa pun. Setakat ini, kakti teruskan pengambilan supplement dari Amway sebab ianya 100% daripada tumbuhan dan diakui berkesan. Malah kakti juga daftar sebagai ahli Amway untuk dapatkan supplement dengan harga ahli (lebih jimat) selain dapat kumpul point dan bonus (cash ye). Sambil mengamal, sambil dapat side income. Makin bertambah ceria, sihat dan seronok hidup kakti sekarang. Kalau tak sempat makan buah dalam sehari atau sayur pun kakti dah dapat khasiat yang diperlukan hanya mengamalkan pengambilan supplement. 

Di entri ni, kakti sertakan gambar produk supplement Amway yang kakti amalkan dan serasi dengan keperluan serta keadaan kakti sehingga hari ini. Setiap supplement mempunyai kebaikan tersendiri untuk keperluan tubuh badan. Dan untuk pengetahuan semua, setiap orang berlainan keperluan dan keserasian setiap produk kepada tubuh mereka. InsyaAllah kakti akan kongsikan kebaikan dan manfaatnya di entri akan datang. Semoga ianya bermanfaat dan memberikan kesan positif kepada yang memerlukan.

Salmon Omega Complex . 1 biji SELEPAS makan (2 kali sehari)
Bio C Plus. 1 biji SELEPAS makan (2 kali sehari)

Nutri Fibre. 1 biji dikunyah 30 minit SEBELUM makan (3 kali sehari)
Lecithin E. 2 biji dikunyah selepas makan (3 kali sehari)

Protein Powder. 2 scoops di campur ke dalam minuman kegemaran (kecuali coffee) . 1-2 kali sehari.



Jika ada sesiapa berminat untuk mendapatkan produk atau nasihat berkenaan jenis supplement yang sesuai, boleh hubungi :
Whatsapp : 019-7728262 (Melati) / wasap.my/60197728262

ATAU

DAPATKAN TERUS PRODUK DI SINI

PANDUAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT DI SINI

Lihat testimoni DISINI






Comments

  1. Assalamualaikum, kak yong nk tanya, kakti mkn nutrilite yg mana satu utk sembuhkan anak fissure tu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakti saya faiza ,saya nak tanya supplement yang mna satu kakti guna untuk merawat anal fissure.

    ReplyDelete

Post a Comment